Blog Tausiyah275

Maret 6, 2006

Membedakan Nikmat dengan Niqmat

Filed under: Ensiklopedia Islam,Seri Kesalahan2 — Tausiyah 275 @ 10:16 am

Nikmat (huruf ‘k’ sebenarnya dulu ditulis wakrat sebagai tanda huruf Jawi ‘ain’) menunjuk pada kepuasan atau sesuatu yang menyenangkan hati.

Harta benda, kekayaan yang melimpah, kesihatan, pangkt dan kedudukan yang tinggi adalah nikmat. Begitu pula iman, petunjuk Tuhan, dan kesanggupan melakukan kepatuhan kepada Allah swt merupakan nikmat.

Kata nikmat ditemukan sebanyak 34 kali dalam Al-Quran. Kata ini, menurut pakar bahasa Ibn Faris, digunakan untuk menunjuk keadaan yang baik (Al-Halah Al-Hasanah) dari segi kebendaan dan kerohanian.

Binatang ternakan, seperti unta, lembu dan kambing, disebut amnya kerana mendatangkan kebaikan bagi manusia.

Begitu pula wahyu, petunjuk Tuhan, dan agama dinamakan pula nikmat (lihat Surah Dhuha:7).

Nikmat bererti tambahan atau kelebihan (al-ziyadah). Keberadaan manusia adalah nikmat. Ini kerana manusia pada mulanya tidak ada, lalu ada atau diciptakan Allah swt (Surah Al-Baqarah:28).

Dari semula tidak punya apa-apa, kemudian manusia memiliki harta, ilmu pengetahuan, isteri dan keturunan. Jadi, bertambah atau semuanya merupakan tambahan.

Oleh itu, nikmat Allah begitu besar hingga tidak mungkin menghitungnya.

“Apabila enghaku bermaksud menghitung-hitung nikmat Tuhan, nescaya engkau tidak mampu menghitungnya.” (Surah Ibrahim:34)

Lain pula dengan niqmat.

Niqmat merupakan lawan (antonim) daripada nikmat. Kata niqmat bererti ancaman atau sikap menentang disertai kemarahan.

Apabila dikaitkan dengan Tuhan, maka kata itu bermakna Allah swt menentang perbuatan dosa dan maksiat. Lalu, memberi hukuman dan seksa ke atas pelakunya.

Jauh berbeza nikmat, ‘niqmat’ (dieja dengan huruf ‘qaf’) pula merupakan seksa dan azab Allah swt.

Meski berlawanan makna, antara kedua-duanya dapat terjadi keterkaitan. Niqmat dijatuhkan boleh jadi gara-gara nikmat. Dengan kata lain, nikmat boleh membawa niqmat kerana penyelewengan perbuatan manusia (lihat maksud Surah Al-Anfal:53)

Agar nikmat tidak berubah menjadi niqmat, kita disuruh bersyukur. Boleh disebut bersyukur apabila dilakukan 3 hal.

Pertama, menyedari bahawa semua anugerah dan nikmat yang dimiliki datang daripada Allah swt. Kesedaran ini penting supaya kita tidak sombong dan lupa diri.

Kedua, menyedari bahwa nikmat yang diberikan Allah swt itu amat besar. Kesedaran ini juga penting supaya kita tahu diri dan penuh syukur kepada Allah swt Sang Pemberi Nikmat.

Ketiga, menggunakan semua nikmat itu untuk kebaikan sebagai wujud syukur kepada Allah swt.

Dengan kata lain, nikmat itu harus melahirkan sikap dan perbuatan yang dinamakan al-in’am iaitu ishal al-khair ila al-ghair (mendatangkan kebaikan bagi orang lain).

Dengan itu, nikmat akan datang dan niqmat pun menghilang.

~dipetik dari Republika

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: