Blog Tausiyah275

Oktober 18, 2006

Kisah Hikmah – 20061018

Filed under: Hikmah,Kegiatan Ramadhan — Tausiyah 275 @ 4:10 pm

Surat Umar bin Khatab kepada Sungai Nil

Sewaktu negeri Mesir ditakluki oleh tentera Islam, khalifah Umar r.a. telah melantik Amru bin Al-As sebagai Gabenor di wilayah tersebut, satu peristiwa ganjil telah berlaku semasa pemerintahannya. Air Sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir dan penduduk Mesir bercadang hendak melakukan satu upacara Jahiliah iaitu dengan mengorbankan seorang gadis ke dalam sungai itu. Amru bin Al-As sudah tentu berkeras tidak mahu melakukannya.

Apabila air Sungai Nil mulai kering, penduduknya merasa cemas. Sebahagian dari mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain. Keadaan ini memaksa Amru Al-As memulis surat kepada Khalifah Umar r.a. untuk meminta pandangannya. Saiyidina Umar pun mengirimkan jawapannya kepada Amru. Surat itu bukanlah ditujukan kepadanya, tetapi kepada Sungai Nil.

Sebelum mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil Amru sempat membaca isi kandungannya yang berbunyai: “Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai Sungai Nil ! Jika air yang mengalir di sungai ini atas kuasamu, maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah s.w.t, maka kepadanyalah kami memohon agar mengalirkan air di sungai ini.”

Setelah dicampakkan surat itu kedalamnya, diriwayatkan sungai itupun dipenuhi semula oleh air sedalam empat puluh kaki pada malam itu juga. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan Jahiliah dikalangan penduduk Mesir.

Iklan

5 Komentar »

  1. he he he darimana dapat cerita ini mas 🙂

    Komentar oleh andi — Oktober 19, 2006 @ 11:24 am | Balas

  2. kok ceritanya makin lama makin ga rame sih mas?? ayo donk post cerita2 yg rame lg, kaya dulu lg…. ok?? 😀

    Komentar oleh wah — Oktober 19, 2006 @ 12:50 pm | Balas

  3. ceritanya unik juga. tapi riwayatnya sahih gak ?

    Komentar oleh huda — Oktober 19, 2006 @ 1:26 pm | Balas

  4. ambil hikmahnya aja, tidak harus menafikan pelajaran baik dari yang tidak shahih.

    Komentar oleh anton — Oktober 23, 2006 @ 1:36 pm | Balas

  5. awas jangan bohong ya he he

    Komentar oleh anton budiono — Agustus 13, 2008 @ 6:18 pm | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: